Baca tips gigi cantik ini sampai
habis!
1. Kurangkan Pengambilan Makanan
Bergula
Makanan dan minuman bergula boleh
mengakibatkan risiko gigi menjadi reput. Tetapi, yang manis itulah selalu
diambil. Kan, bagus jika anda dapat hadkan pengambilannya. Adalah lebih baik
jika anda mengambil jus
buah-buahan tanpa gula daripada mengambil
minuman yang ditambah dengan gula.
Bagi pencinta kopi atau teh pula,
anda boleh menikmati minuman kegemaran anda itu, tetapi haruslah digantikan
dengan pemanis tiruan sebagai perasa. Untuk mendapatkan gigi cantik, anda juga
perlu elakkan makanan yang bersifat melekit atau terlalu lembut. Ini adalah
kerana makanan sebegini mudah melekat celah gigi dan meningkatkan proses
pembiakan bakteria.
2. Nikmati Pelbagai Jenis Buah &
Sayuran
Bahan semula jadi yang terkandung di
dalam buah-buahan dan sayuran terbukti dapat memberikan pengaruh yang efektif
untuk membersihkan gigi. Sebagai contoh, mengunyah epal adalah cara terbaik
untuk mendapatkan gigi cantik yang sihat. Sungguhpun epal mengandungi gula buah
semulajadi. Namun, pengeluaran air liur yang banyak dapat membantu mengelakkan
kerosakan gigi. Antara buah-buahan dan sayuran yang boleh dijadikan pilihan
ialah oren, tomato, nanas, tembikai, timun, lobak merah, saderi dan brokoli.
3. Produk Tenusu
Makanan yang berasaskan tenusu
seperti susu rendah
lemak, yogurt rendah lemak, dan keju rendah lemak antara makanan yang baik
untuk kesihatan
gigi. Ini adalah kerana produk-produk ini kaya dengan kalsium dan
fosforus yang sangat baik untuk memelihara kesihatan gigi. Kandungan vitamin D
yang terdapat dalam susu membantu penyerapan kalsium untuk gigi dan juga
tulang.
4. Pastikan Anda Berus Gigi Dengan
Betul Untuk Miliki Gigi Cantik
Jika pemilihan makanan sudah tepat,
tetapi cara memberus gigi pula tidak betul, pastilah menjejaskan kesihatan gigi
cantik anda. Terdapat beberapa cara memberus gigi yang sering dipraktikkan.
Pertama, gerakan vertikal di mana
gigi diberus dari atas ke bawah. Kedua, gerakan horizontal iaitu gigi diberus
dari depan ke belakang. Satu lagi cara yang digunakan adalah gerakan berputar.
Daripada ketiga-tiga cara berikut,
gerakan berputar merupakan cara memberus gigi yang paling disarankan. Gerakan
tersebut boleh menjangkau semua bahagian mulut serta boleh menghasilkan urutan
lembut pada gusi. Lakukan proses ini secara perlahan-lahan agar gusi tidak
tercedera.
Kredit
to :http://www.wom.my

No comments:
Post a Comment