Friday, December 30, 2016

4 CARA MUDAH MENDAPATKAN GIGI CANTIK!


Baca tips gigi cantik ini sampai habis!
1. Kurangkan Pengambilan Makanan Bergula
Makanan dan minuman bergula boleh mengakibatkan risiko gigi menjadi reput. Tetapi, yang manis itulah selalu diambil. Kan, bagus jika anda dapat hadkan pengambilannya. Adalah lebih baik jika anda mengambil jus buah-buahan tanpa gula daripada mengambil minuman yang ditambah dengan gula.
Bagi pencinta kopi atau teh pula, anda boleh menikmati minuman kegemaran anda itu, tetapi haruslah digantikan dengan pemanis tiruan sebagai perasa. Untuk mendapatkan gigi cantik, anda juga perlu elakkan makanan yang bersifat melekit atau terlalu lembut. Ini adalah kerana makanan sebegini mudah melekat celah gigi dan meningkatkan proses pembiakan bakteria. 
2. Nikmati Pelbagai Jenis Buah & Sayuran
Bahan semula jadi yang terkandung di dalam buah-buahan dan sayuran terbukti dapat memberikan pengaruh yang efektif untuk membersihkan gigi. Sebagai contoh, mengunyah epal adalah cara terbaik untuk mendapatkan gigi cantik yang sihat. Sungguhpun epal mengandungi gula buah semulajadi. Namun, pengeluaran air liur yang banyak dapat membantu mengelakkan kerosakan gigi. Antara buah-buahan dan sayuran yang boleh dijadikan pilihan ialah oren, tomato, nanas, tembikai, timun, lobak merah, saderi dan brokoli.
3. Produk Tenusu
Makanan yang berasaskan tenusu seperti susu rendah lemakyogurt rendah lemak, dan keju rendah lemak antara makanan yang baik untuk kesihatan gigi. Ini adalah kerana produk-produk ini kaya dengan kalsium dan fosforus yang sangat baik untuk memelihara kesihatan gigi. Kandungan vitamin D yang terdapat dalam susu membantu penyerapan kalsium untuk gigi dan juga tulang. 
4. Pastikan Anda Berus Gigi Dengan Betul Untuk Miliki Gigi Cantik
Jika pemilihan makanan sudah tepat, tetapi cara memberus gigi pula tidak betul, pastilah menjejaskan kesihatan gigi cantik anda. Terdapat beberapa cara memberus gigi yang sering dipraktikkan.
Pertama, gerakan vertikal di mana gigi diberus dari atas ke bawah. Kedua, gerakan horizontal iaitu gigi diberus dari depan ke belakang. Satu lagi cara yang digunakan adalah gerakan berputar.
Daripada ketiga-tiga cara berikut, gerakan berputar merupakan cara memberus gigi yang paling disarankan. Gerakan tersebut boleh menjangkau semua bahagian mulut serta boleh menghasilkan urutan lembut pada gusi. Lakukan proses ini secara perlahan-lahan agar gusi tidak tercedera.

Kredit to :http://www.wom.my

Monday, October 10, 2016






"Kini Masalah Bau Mulut Tiada Lagi!!!"



Dapatkan sekarang dengan KLIK icon di bawah!



Image result for fb icon for websiteImage result for instagram icon for website

Permendore Mouth Spray

=================================================================================

KENAPA SAYA KENA BELI PRODUK MOUTH SPRAY NI?

> Menghilangkan bau mulut sepantas 5 saat!!

> Diperbuat dari 4 ekstrak tumbuhan terpilih yang terkenal dengan kebaikan untuk mulut

> Mengandungi pelbagai vitamin dan antiseptik semulajadi

> Berperisa blueberry 

> Mudah untuk digunakan

> Sugar free

> Sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa

> Yang paling penting halal dan selamat untuk digunakan
.
Ramai pelanggan yang sangat berpuas hati setelah menggunakan produk mouth spray kami..Jom lihat apa kata pelanggan kami...


TESTIMONI